Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian
Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.
Ibnu Al-Jauzy berkata,
“Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan
kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri.
Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang
kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?“
Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada
awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada
kemudian hari kita mensyukurinya.
Sebaliknya, tidak sedikit perkara yang pada awalnya
kita sambut dengan rasa gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja
dan menitiskan air mata kerananya.
Pengajaran Hudaibiyah
Kisah Rasulullah SAW dan para sahabat banyak
memberikan pengajaran yang sangat berharga pada kita, salah satunya dalam
peristiwa Hudaibiyyah.
Dalam satu klausa perjanjian Hudaibiyah menyatakan,
Rasulullah SAW perlu kembali ke Madinah dan tidak boleh memasuki Makkah hingga
tahun hadapan. Klausa berikutnya menyatakan, kedua-dua belah pihak perlu
melakukan gencatan senjata selama 10 tahun.
Beberapa sahabat berasa sedih kerana mereka sudah
dijanjikan bagi memasuki Makkah, tetapi terpaksa berpatah balik dan pulang ke
Madinah.
Namun, sesuatu yang pada awalnya dirasakan pahit,
menjadi manis selepas beberapa tahun.
Antaranya pengislaman beberapa tokoh Quraisy seperti
Amru bin Al-Ash, Utsman Bin Thalhah dan Khalid Bin Al-Walid. Dalam rentang
waktu itu, jumlah kaum muslimin bertambah ramai.
Hingga pada satu waktu, dengan kekuatan baru yang
dimiliki, terjadi peristiwa yang tercatat dalam tinta emas sejarah, iaitu Fathu
Makkah. Sebuah peradaban yang menerangi alam semesti ini sudah lahir.
Pelajaran berharga yang dapat kita ambil adalah,
pasti ada hikmah daripada Allah ke atas setiap kejadian yang berlaku.
Persoalannya, adakah kita berusaha mencari ataupun
menggali hikmah nya? Atau pun tidak langsung?
Bila Hikmah itu akan muncul?
Boleh jadi pada waktu itu juga, selepas seminggu,
sebulan atau bertahun lamanya. Kita tidak akan tahu, tetapi yang pasti ia tetap
akan muncul.
Setiap kejadian, pahit ataupun manis, pasti ada
hikmah ataupun pelajaran berharga. Semasa perkara itu terjadi, kita perlu
bersedia menghadapinya.
Daripada bertanyakan mengapa, lebih baik kita
fokuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menghadapi keadaan ini.



Post a Comment